Badar-SMKADG

Badar-SMKADG

Friday, June 29, 2012

Thursday, June 21, 2012

Kehebatan di bulan Sya'ban

Rejab sudah berlalu. Kini Syaaban. Lambaian Ramadhan bakal berlabuh. Kita belum terlambat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban.
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:
"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"
Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."

Friday, June 8, 2012

Isra' dan Mi'raj

Ahlus Sunnah mengimani dan meyakini bahawa Rasulullah S.A.W. telah di isra’kan oleh Allah dari Makkah ke Baitul Maqdis lalu di mi’rajkan (naik) ke langit dengan ruh dan jasadnya di dalam keadaan sedar sehingga ke langit yang ketujuh, ke Sidratul Muntaha. Kemudian baginda S.A.W. memasuki Syurga, melihat neraka, melihat para malaikat, mendengar perkataan Allah, bertemu dengan para Nabi, dan beliau mendapat perintah daripada Allah untuk solat lima waktu sehari semalam. Dan beliau kembali ke Makkah pada malam itu juga (malam yang sama).

Sunday, June 3, 2012

Hadis palsu bulan Rejab

Perbincangan sekitar kesohihan hadis " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanKu dan Ramadhan pula adalah bulan umatku "
Setiap kali datangnya bulan rejab, kita sentiasa dihidangkan oleh sebahagian ustaz-ustaz dalam ceramah dan kuliah mereka tentang kelebihan bulan ini. Begitu juga dengan dada-dada akhbar. Tetapi mungkin kita juga pernah terdengar suara–suara yang mempertikaikan kesahihan fadhilat bulan ini.

Saturday, May 5, 2012

Solat

"SOLAT"lah walaupun terpaksa kerana kewajipan itu kadangkala sifatnya terpaksa.
Dari keterpaksaan itu,perlahan-lahan kita akan menemukan HIKMAH dan akhirnya hati kita
menjadi IKHLAS kerana-Nya.
"petikan kata-kata Ustaz Azhar Idrus"